hai ! ola ! anyong
ini e-novel aku yang pertama . silalah judge . kalau sedap bagi tahu nanti aku buat lagi . kalau bosan pun bagi tahu nanti aku terus berhenti . . . hehehhe . . happy reading
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
huargh ! ngantuknya pagi ini . . eh ! pukul berapa dah ek ? ? ? ? macam awal sahaja aku bangun . . hurm . . what ? baru pukul 5 pagi . . eeerrr ! cepatnya . exited nak solat subuh la katakan . . hehehe . . ooopppsss . . lupa nak kenalkan diri . . nama aku Irqin Alliana binti Azhan . aku seorang pelajar di politeknik kuantan , sekarang dalam semester 5 . yup ! lagi 1 semester aku nak tamat . . huhuhu . . aku mempunyai 3 orang adik beradik . aku anak kedua , yang sulung along Hamizan Aizat dan yang bongsu Shahnaz Afwan . . aku anak perempuan tunggal . sekarang ini aku sedang cuti semester sebelum masuk ke semester 6 . . hurayyy ! . . . memandangkan aku tak ngantuk lebih baik aku terus mandi dan siap sedia untuk solat subuh nanti . . ala lagipun bukan lama sangat . subuh masuk pukul 5.45pagi . .
" tok tok tok ! angah, bangun cepat solat subuh . jangan buat taik mata lagi " , jerit ibu .
"dah bangun la bu . . angah dah solat" , jawab aku .
"baguslah tu , lepas tu angah jangan tidur pulak , jangan jadi sleeping beauty moden , turun dapur tolong ibu buat sarapan " , pesan ibu .
" ai ai kapten" , dengan malas aku terus siap-siap turun ke dapur untuk bantu ibu apa yang patut .
aik ! macam senyap sunyi je rumah ni . . mane pula si along dengan adik ni ?hurm . . mungkin dieorang ikut ayah ke masjid kot . biar jela . .
"ibu nak masak apa itu ? masak nasi goreng ke " sambil kepada aku jenguk dekat kuali ibu .
"eh budak ni , jatuh pulak taik hidung die nanti , habis terlebih masin nasi ibu ni" ngomel ibu .
'eh ibu ini , sempat pulak melawak , tapi ada ke taik hidung jatuh lagi masin ? fikir irqin dalam hati , eh ! biar jela sambil senyum meleret'
dah ! irqin pergi buat air kopi , kejap lagi mesti ayah , along dengan adik kamu balik" .
" orite boss" . ibu senyum je . . tenang je hati ini bila tengok ibu senyum . . . betulkan apa orang cakap . kalau kita nak bahagia cukuplah dengan buat orang yang tersayang bahagia mesti kita yang lihat pun bahagia sekali . .
"assalamualaikum , tak jawab dosa" jerit adik dari luar .
"waalaikumussalam masuk la kalau tak malu " balas aku , adik , along dengan ayah terus masuk . ayah senyum je . mungkin gembira tengok semua anak-anak die berkumpul . . yela bukan selalu berkumpul . along lepas dapat ijazah terus kerja sebagai engineer dekat selangor , adik pulak duduk asrama sebab tahun depan die nak SPM . . aku pulak jauh ke pahang . kami pula duduk di johor .
tiba-tiba ayah bersuara "bila along nak kahwin ? ayah bukan apa along itu dah makin dewasa , kerja dah ada , rumah ada , kereta ada , semua dah lengkap , tunggu apa lagi ? ke nak ayah dan ibu tolong carikan ?"
along garu kepala dan berkata " bukan along tak nak kahwin ayah , calon itu insyallah ada , tapi . . hurm (idea sampai) , along tunggu angah kahwin dulu"
aku terus diam dan pandang along macam singa tak makan 10hari .
"cop cop cop ! apa kena mengena angah pula , angah muda lagi tau , dtak hadap nak pikir pasal tu semua" . . lalu aku hadiahkan along cubitan manja dekat lengan die . . heheh . padan muka , cari pasal lagi .
"aw , sakitla mak singa . . . ala orang gurau je pun , ala ayah insyallah nanti kalau semuanya jadi along bagi tahulah yea ",jerit along berubah mukanya yang putih jadi merah . senyum saja ayah dan ibu . . aku buat tak endah sahaja .
selepas semua siap bersarapan aku dan adik pergi main dekat luar , main basikal , main sahiba , main catur , main pokok ibu . macam budak-budak sahaja . tapi nak buat macam mana kalau kami berkumpul inilah aktiviti aku dekat rumah . kalau petang kami pergi memancing , panjat pokok . . merempit . . hehe . sebenarnya aku ini nampak je baik tapi ganas , maklumlah membesar dengan lelaki sekeliling . tapi hati lembut woo . bak kata orang biar ganas diluar lembut didalam . tak gitu ?
"angah , adik , along , mari sini ayah nak cakap" , panggil ayah . kami pun berlari masuk ke dalam rumah sampai bertolak-tolak . .
"hish budak ni , dah besar pun tak matang lagi , tak payah la angah nak bertolak-tolak dengan adik tu" , nasihat ibu .
"oke my mummy ", jawab kami serentak sambil buat muka comel . .
"memandangkan kamu semua tengah cuti ayah nak ajak kamu semua balik rumah tok mak dekat negeri sembilan , nak tak ?", terang ayah .
"yea ! nak nak , lagipun sekarang msim buah kan ? boleh petik rambutan , makan durian . huhu" jawab adik .
"nampak macam adik je excited , along dengan angah macam mane ? ke ada plan lain ?", tanya ayah
"angah okey je",jawab aku sambil maniskan muka . tapi dalam hati hurm takut la nak balik sana . agak-agak paksu balik tak ! dan aku lepaskan satu keluhan .
"along pun okey , along ikut je , lagipun dah lame along tak jenguk tok mak", matanya melirik ke arah aku dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan .
"kalau macam tu petang nanti kita gerak , kemas la baju kamu semua" , pesan ibu .
aku terus melangkah lemah ke bilik , dalam bilik
'kenapa aku risau eh ? lagipun bukan ada apa-apa pun kalau aku balik sana . . dah la irqin bukan ada apa-apa pun kalau balik sana , balik ajelah , dia dah tak ada dekat sana ,'
dirumah tok mak , kami sampai agak lewat dalam pukul 10 malam . rumah tok mak tak ada orang , paksu pergi rumah kawan dia , selalu dalam pukul 12 malam baru balik . maklumlah dah lama tak jumpa kawan .. paksu muda lagi baru 24 tahun . tua setahun dari along . aku pula baru 20 . so kami rapat macam kawan dah . . mungkin sebab hanya aku seorang cucu peempuan yang besar ? hurm mungkinlah . . .
akhirnya sampai di rumah tok wan . . .
"rindunya dekat tok wan , tok wan sihat ?", aku terus peluk dan cium tok wan .
"sihat saja , angah pon dah lama tak balik sini , besar dah" ,jawan tok wan dan mungusap belakang aku.
"ala , tok wan sayang angah je , adik tak pun" , rajuk adik sambil buat muncung itik.
"eleh ! tak habis-habis kau nak jeles dengan aku , . kau dah tua la dik , kalau merajuk nampak hodoh macam itik dido",gelak aku sambil tarik muncung die . . .
"angah ni , tak baik tau samakan adik dengan dido tu" , terus adik datang meluru peluk tok wan pula.
tok wan lepaskan aku dan ganti dengan adik . si dido tu itik nenek yah . jiran tok wan . . . seterusnya aktiviti salam menyalam disambung oleh along , ibu dan ayah .
"dah ! pergi masuk bilik mesti penatkan dah jalan jauh-jauh" . . .kami pun masuk ke bilik yang telah disediakan dan bawa barang-barang .
rumah tok wan tak adalah besar sangat . semua ada 6 bilik . kami pun melepaskan lelah dengan tidur nyenyak . . .
kok kok kok kok , kok kok kok kok . jerit ayam . . eeerrr? ayam jerit ke ?
aktiviti aku kalau dekat ruah tok wan ini sama je tiap-tiap kali aku datang . . bangun , tolong buat sarapan , kemas rumah , lipat baju , sapu sampah . letih tu memang ada , tapi aku seronok buat semua tu . . lebih-lebih lagi kalau adik ada . dia rajin tolong aku . . aku pulak rajin buli dia . . hehehe
"adik , tolong angah kutip sampah dekat sini , angah nak kebelakang kejap"
"adik , tolong angah sapu depan tu sikit angah lupala tadi"
" adik , adik dan adik . . . ." laung aku , adik pula hanya menurut sebab dia tengah tak ada kawan dan dia memang manja dengan aku . lebih-lebih lagi kalau dia tolong aku nanti aku belanja dia ais krim . . hehe .
tanpa aku sedari rupa-rupanya ada sepasang mata yang asyik melihat aku dan adik main sapu-sapu . .
"hariz . anak sedara kau tu umur berapa ek ? cun la , aku rase aku suka dia" tanya fendi kepada hariz.
"gila mu ni . die muda lagi la baru 20 kalau tak silap aku , kau jangan die tu nampak je cam tu tapi keras , garang , kasar , brutal", jawab hariz .
"tapi aku tengok die sweet jela , muka die comel . manis . aku tak nampak perempuan lain cam tu , tolonglah aku paksu usha anak sedara kau tu" , provok fendi .
"hehe . geli aku dengar kau panggil aku paksu . kau betul-betul ke suka dekay anak buah hariz tu ? biar benar kau ni fendi ? kau tak salah tengok ke ?"tanya iskandar pula.
"aku tak salah punya , aku serius ni" kata fendi sambil buat muka serius
"eh ! kalau kau nak die pergi la usha sendiri , tapi kalau kene hamun dengan die jangan salahkan aku eh aku dah bagi amaran dekat kau",terang hariz kononnya nak takutkan fendi
"weh ! tak payah la buat muka serius cam tu , pelik bin ajaib aku tengok , sebanyak-banyak perempuan yang kau jumpa takkan anak sedara haris jugak kau nak ?",tanya syam pula.
"cuba korang tengok dia , comel kot , jantung aku dup dap dup dap ni !",kata fendi , dan semua mata memandang ke arah irqin yang sedang bergurau senda dengan adik dia .
"memela comel fendi oi , tapi macam pelik je kau ni , aku tengok banyak kot perempuan cantik dekat kolej kau , tak kan tak ada yang terpikat kot ?"soal daniel .
"bukan apa , sebenarnya aku dah lama minat dekat anak sedara kau itu hariz , baru hari ini aku berani cakap la , sokong lah aku , korang ni pon , kata kawan ", kata fendi sambil buat muka sedih nak pancing simpati la tu
.
"yela-yela , tapi aku tak dapat bayangkan kawan aku jadi ank sedara aku . . hahahhah , pelik la kau ni fendi " , kata hariz .
yang lain cuma mampu geleng kepala dan sokong fendi .
'aku nak juga dengan si irqin itu . hatiku telah terpaut .
"sakan borak , pasal apa ni ?"tiba-tiba hamizan datang . fendi terus tersentak dan senyum .
paksu cerita tentang isu tadi kepada hamizan . hamizan dengar dengan tekun sambil berkerut keningnya .
fendi yang sedang asyik memandang tanah tiba-tiba terkejut bila mizan tepuk bahunya .
"okey la bro , mizan restu je kalau si fendi ni nak dengan irqin , fendi pun okey , boleh kot jadi adik ipar mizan . . heheheh .tapi ada satu je masalah ",kata mizan sambil tenung muka fendi
terus bercahaya muka fendi , yang lain pun dengar apa yang nak diperkatakan mizan tu .
sambil senyum fendi jawab "owh , irqin nama dia sedap dan unik , apa dia?"
"irqin alliana binti azhan nama adik aku tu , nampak comel , tapi sebenarnya ganas , brutal , kasar , degil , ikut kepala sendiri , kalau benda yang dia tak suka dia akan cakap terus terang , kalau orang cari pasal dengan dia , orang itu akan kene belasah sendiri dengan dia , kalau die tahu ada orang suka dia , dia akan soung direct dengan orang itu , kalau orang tu degil juga , dia akan buat orang tu menyesal kenal dia dan ingat dia sampai bila-bila ",terang mizan penuh emosi . paksu hariz hanya mengangguk tanda setuju .
fendi dan yang lain tergaman , ganas gila minah tu . . seram pula . ."berani ke fendi ?",tanya hariz .
"insyallah aku berani", jawab fendi dengan yakin padahal dah kecut perut .
"tapi dia sebenarnya baik , lembut dekat dalam , sopan , kalau korang kenal dia tak nampak pun macam irqin tu ganas , ada sebab kenapa irqin jadi macam tu , okey lah , mizan nak bawa irqin dengan adik pergi kedai beli sayur ",mizan terus berlalu dari situ .
fendi masih fikir pasal irqin . .
dirumah fendi . fendi anak bongsu daripada 5 orang adik beradik .
"mak , fendi rasa fendi nak kawin lah . . boleh mak",tanya fendi kepada mak siah
"kahwin ? biar botol ekau ni ? dongan sapo ekau nak kahwin ni fendi oi ? kau tak ponah cakap dengan mak pon yang kau ado makwo",soal mak siah bertalu-talu
"dengan cucu tok mak . anak sedara hariz , si angah tu mak , boleh la , fendi suka die lah mak",terang fendi.
sergah mak siah "apo ? si angah irqin tu ? tak ado budak lain ko kat kampung ni yang kau minat ? asal kau suko dio pulak ? tak kan kau bercinto dengan si angah tu pulak ? baik kau cakap dengan mak ?"
fendi kecut " eeerrr ! mak , fendi dah lame suka mak tapi fendi tunggu habis belajar dulu baru fendi cakap dengan mak . boleh lah mak" sambil merayu dekat mak siah.
'best kalau konokan anak den ni , hehe , ado ko dio baru nak cakap dongan den , den dah lamo suko kat budak irqin tu'
"mak bukan apo jang oi , ekau carilah budak lain , lagipon si irqin tu tak abih belaja lagi kalau tak silap mak , dio tak padan dongan kau , mak tak nak nanti anak orang tunggang-langgang"
fendi risau mak siah tak bagi dia berkahwin dengan irqin , 'aduh!mak please setuju , fendi terdesak ni , fendi tak nak orang lain dah'
muka fendi yang risau menggambarkan hati dia yang gundah-gulana tu
"mak tolonglah , fendi tak nak orang lain mak , mak pinangkan lah irqin tu mak , fendi tak nak orang lain mak , please mak",rayu fendi sampai nak mengalir air matanya.
"hahahahah , lawak la kau ni jang , mak dah lamo suko kat si irqin tu , nanti mak tanyokan kat tok mak" , gelak mak siah bila tengok fendi tak tentu arah macam itu.
"huish mak ni buat takut fendi je . lega sikit . mak tolong fendi tau , mesti die boleh jadi menantu mak yang terbaik nanti",kata fendi sambil tersengih.
'aduh mak aku ni buat seram je , separuh nyawa aku ada mak cam ni , nasib mak setuju kalau tak , tak kahwinla aku '
"ekau nak kahwin ni cukup ko semuo duit ? kang tak mampu nak tanggung anak orang pulak?",soal mak siah
"ada dah mak , fendi da siap semua , mak jangan risau" , kata fendi dengan bangganya
"amboi , pantas dan efision kau yo . yolah , nanti mak try"
fendi terus berlalu kebiliknya dan melepaskan keluhan lega . .sambil tu dia terfikir akan kata-kata mizan "ada sebab kenapa irqin jadi macam tu" . hurm sebab apa yea . aku kena tau ni ,nantila aku tanya mizan tak pun hariz .
rumah tok mak . . waktu malam , along , paksu dan irqin berborak sama-sama di beranda
"irqin ada boyfriend tak ?",tanya along
'eh pelik je along ni , asal pulak tanya soalan cam tu',monolog irqin
"kenapa along ?", tanya irqin balik.
"ni yang malas ni soalan balas dengan soalan", kata along
"hehehe!peace along , tak ada la , kenapa along tanya?,"jawab irqin
"angah masih ingat peristiwa lama ke ? ke lelaki tu ada kacau angah lagi ?",tanya paksu pula
"tak ada lah , cuma angah tak nak mencari je , angah dah okey la , don't worry",kata irqin sambil tersenyum sedangkan dalam hati berbolak-balik .
"habis kalau nak kahwin nanti macam mane ? sampai bila nak macam ni angah ? takut dekat lelaki ?",soal along
"mane ada angah takut , tengok , angah okey je dengan along dengan paksu . boleh peluk lagi .",sambil memeluk lengan paksu hariz dan along yang berada disisi irqin .
"memanglah kami ni keluarga angah , kalau lelaki lain ?",soal paksu hariz pula
"hurm , takkan nak peluk orang lain ? boleh ke ? hehe . . best best . . ",kata irqin
"main-main pulak dia , along serius tu",kata paksu pula
"angah redho je dengan pilihan ibu dengan ayah nanti" , kata irqin
"macam tu pula , tak kan tak nak cari sendiri kot ? irqin yakin dengan keputusan irqin ni ?",tana along serius .
wah!along kalau nak sebut nama confirm serius ni tak ada bengkang bengkok.
"angah yakin sebab insyallah pilihan ibu dan ayah akan buat angah gembira , dan mereka mesti pilih yang terbaik untuk angah",jawab angah sambil buat muka comel .
"okeylah tu ! paksu nak keluar jumpa kawan . along nak ikut?",ajak paksu
"tak apa lah , malas nak keluar , hati-hati paksu",kata along
"angah nak ikut boleh?",selit angah
"haiya!adik manis , tak boeh , duduk rumah elok-elok , assalamualaikum" ,pintas paksu hariz
"yela yela , tak pernah pun ajak orang",rajuk irqin.
"awak itu perempuan mane boleh ikut , dah jom masuk",ajak along apabila paksu hilang bersama motornya .
tok mak dan ibu terdengar perbualan mereka dari dalam . .mereka hanya mampu melepaskan keluhan .
akan bersambung ~~~~
Thursday, 8 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



keep it up . permulaannya menarik . tak sabar nak tunggu yang seterusnya apa jadi dengan fendi .
ReplyDelete...wah dasat la...cam ner ya bole ada idea menulis ni?kipidap...
ReplyDelete--> sorrow hearted
ReplyDeletethanks yea . . . ada jugak yg sudi baca :)
--> mohd rozaiman
hehe . thanks to u too . . . tibe-tibe je idea datang tu yg cuba-cuba menulis . . . thanks yaw