hai ! ola ! anyong
sambung part 2 . . harap anda masih ingin membaca . . .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"assalamualaikum tok mak , oh tok mak ", laung mak siah.
"waalaikumussalam oh mak siah , jemputlah masuk , tok mak ada dekat belakang tolong irqin tanam kacang , kejap yea midah panggilkan", jawab ibu
"iyolah , lopeh tu kamu pun kemari , ada bende mak siah nak bincangkan", kata mak siah
"amboi mak siah ! serius sahaja bunyinya , yelah , sekejap yea", kata ibu
tidak lama kemudian tok mak pun datang , menyusul dengan ibu sambil membawa sedulang air untuk mak siah dan tok mak .
"ada apanya ni mak siah oi , macam serius je bunyinya , ceritalah dulu", kata tok mak , ibu duduk di sebelah tok mak
"sebonar ea macam ni , aduh ! macam mano den nak mulo ni , gini lah tok mak , si irqin tu dah ado yang punyo ko bolom ?",soal mak siah
tok mak dan ibu saling berpandangan . . "ha ? irqin ? maksud kamu angah tu ? , belum kot . kenapa pula kamu tanya ni",soal tok mak
"kalau bolom , den nak pinang si irqin tu untuk anak den si fendi tu , lagipun si fendi tu dah abih belajar , kojo pon ado , insyallah dio boleh jadi laki orang dah , boleh ke tak ?", terang mak siah
ibu hanya mendiamkan diri "hurm , tok mak bukan apa , semuanya terpulang pada irqin , tok mak tak nak paksa cucu-cucu tok mak , lagipun dia dah besar tak mustahil dia ada pilihan sendiri , kamu jangan mengharap sangat yea dengan irqin tu , bersedia jela dengan pilihan dia nanti", terang tok mak pula.
"tak apo tok mak den faham bonar tu , apo-apo hal nanti bagi tahu lah den , insyallah kalau ado jodoh tak ke mano , midah ekau tak kesah ko den risik anak ekau ni ?",sambung mak siah
"tak apa mak siah kalau jodoh dia dah sampai saya redha je . yang penting kebahagiaan anak saya",ibu tersenyum manis .
"koring tokak den ha . minum dulu yo ! timo kaseh lah , harap-harap irqin tu okey lah , den pon berkonan kat budak tu . timo kasehlah tok mak , midah oi , den balik dulu yo . assalamualaikum",mak siah salam tok mak dan ibu .
"yelah mak siah , hati-hati balik , waalaikumussalam",balas tok mak
"midah , mak rasa mungkin dah sampai jodoh irqin tu , lagi pun tahun depan dia dah nak 21tahun . dah habis belajar , mungkin dah sampai masa dia berumah tangga",
"tapi mak midah risau , nak ke irqin tu ? midah rasa dia tak boleh terima lelaki lagi dalam hidup dia , dia masih takut"
"bukan apa midah , sebab tu lah mak nak irqin bernikah , nanti bolehlah suami dia jaga dia , mungkin juga rasa takut dia hilang nanti sedikit demi sedikit"
ibu melepaskan keluhan berat . "tak apalah mak nanti kita bincang dulu dengan abang azhan yea mak"
.......................................................................................................................................................................
hamizan dan hariz sedang lepak di warung mak timah bersama iskandar , fendi , danial dan sham . . biasalah orang lelaki , kalau tak ke bandar melepak diwarung , jangan salah faham yea , mereka semua ini bukan kutu kanpung tapi nama pun cuti masa ini lah mereka nak berkumpul dan bercerita . agak-agak mereka borak pasal apalah ye ? sedang mereka rancak berborak kosong tiba-tiba cikgu taufiq singgah membeli topup . .
"lama tak jumpa kamu semua , apa khabar ? makin kacak semua . . hehe",tegur cikgu taufiq kepada semua sambil bersalaman . mizan dan hariz hanya senyum meleret , salam dan terus tidak endahkan cikgu taufiq , mereka bersikap dingin sahaja , yang lain hanya pandang pelik melihat aksi mereka .
cikgu taufiq pula kaku apabila nampak mereka berdua
"kami semua sihat , almaklumlah masing-masing dah berkerjaya sekarang , cikgu nak ke mana ?",soal iskandar memeriahkan suasana yang tegang tadi .
"saya dari rumah nak ke rumah cikgu naim , nak ambil barang yang tertinggal masa pindah hari itu",terang cikgu taufiq
mizan dan hariz hanya mencebik dan tak ambil peduli .
"owh , sekarang cikgu mengajar dekat mana pula ? dekat-dekat sini sahaja ke ?",soal daniel pula .
"tidak lah , saya mengajar di kedah , kan cuti sekarang tu yang balik sini sekejap . saya dah lewat ni saya pergi dulu ye . assalamualaikum", cikgu taufiq terus berlalu ke saga FL nya .
"waalaikumussalam , huh !" ,hariz melepaskan keluhan . jawab juga salam tu ! salam kan wajib dijawab tak jawab dosa
"kau orang berdua ni kenapa , aku tengok macam tak suka je dengan cikgu taufiq tu , nak kata dia buat masalah tak kot , ke ada cerita yang korang tak bagi tahu kami",soal sham
"tak ada apa-apalah",jawab mizan sambil senyum nipis menampakkan lesung pipinya yang dalam tu .
"la,tak kan dengan kami pun korang nak berahsia , cerita lah wei , kata kawan , tak kan tak percaya kami kot ",fendi pula bersuara .
'nak cerita ke tak , kalau cerita aib orang tak baik dibesar-besarkan , alah diam sahaja lah , lagipun kalau kita cerita aib orang Allah akan buka aib kita kelak',ingat hariz
"la hal kecik la , dah lama pun , dah la abaikan , eh ! dah petang la , aku balik dulu lah kang bising pula makcik singa tu , tadi dia pesan suruh belikan belon",hariz minta untuk pulang bersama mizan
mereka serentak mnjawab " singa ?",
"eh!lupa pula si irqin itu , hehe , dia kalau mengamuk bergegar satu rumah , okey la kami pergi dahulu , fendi nanti tolong bayarkan air kami ye kata nak jadi family kan . . hehe , nanti aku jual nama kau dekat irqin ",mizan pula berkata
fendi tersengih-sengih apabila nama irqin disebut . hatinya mekar ibarat bunga kembang setaman .
'irqin,ingat wajah mu sahaja menbuatku gila bayang','tak kesah la bayarkan janji satu hari nanti aku dapat irqin'
.......................................................................................................................................................................
irqin menanti didepan rumah sambil buat buka bengang , bengang sebab tunggu paksu dengan along balik . lambat ! macam siput , siput pun lagi cepat , janji nak balik pukul 6petang , sekarang dah dekat pukul 6.40 petang . maunnya si irqin ni tak bengang , macam orang banganag je duduk dekat depan rumah ni . semua orang yang lalu pandang pelik je .
"asal balik lambat ? tak jumpa jalan balik ke ? beli tak apa yang angah suruh tu ? beli berapa banyak ? cantik ke tak ?",soal angah bertalu-tahu
"amboi dia , banyaknya soalan macam polis pencen , dah beli dah , sorry la dah duduk kedai lupa dekat angah pula . . . hehe ",hariz jawab dan hulurkan seplastik belon kepada irqin . irqin sambut dan simpan dalam poket .
'apa-apa jela nasib ada benda ni . . hehehe operasi bermula'
"okey . thank you my laling",ucap angah
"adik, adik , adik , adik , adikkkkkkkkk , cepat la , tak dengar ke orang panggil ni",laung irqin . adik dengan pantas pergi ke arah irqin dan menjalankan misi mereka berdua.
"apa pula yang dia nak buat ni , macam-macam la dia ni",hariz berkata
"biar jela paksu , janji kita tak jadi mangsa dia",sambut along
along ingat lagi , dulu irqin suruh belikan mancis banyak-banyak , along yang tak tahu apa-apa hanya menurut tanpa bertanya , dia belikan 10 kotak , last-last irqin susun mancis tu bersama-sama banyaknya dekat depan reban ayam . lepas itu dia letak sedikit kalbait dan terus bakar mancis tersebut , jadi macam bunga api dpan reban ayam tu , sebab dia buat begitu , dia tak nak kucing kacau ayam tok wan . tok wan apa lagi menjerit la , dia ingat reban dia terbakar , rupanya tidak , dikejarnya irqin satu rumah . irqin boleh pula buat muka comel sambil mengendeng dekat tok wan , last-last kene piat telinga . haish irqin irqin . nakal tak habis-habis .
along dengan paksu masuk mandi dan solat . budak berdua tu jalankan 'misi' mereka . . .
usai solat maghrib dan isyak berjemaah ibu , ayah dan tok wan bermesyuarat di ruang tamu , membincangkan soal irqin . along dan paksu dalam bilik mungkin berborak . irqin dan adik pula menyambung misi mereka yang terbantut tadi . . hehehe . nantikan seterusnya .
akhirnya kata sepakat telah dibuat dari ayah , ibu dan tok wan , ayah memanggil along dan paksu , ayah bersetuju dengan pinangan mak siah . harap-harap irqin tak takut untuk berkawan rapat dengan lelaki . semuanya setuju .
bersambung ~ ~ ~
Friday, 9 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment